Pendatang Tanpa Izin Hubungan Indonesia–Malaysia

President Yudhoyono dan PM Najib Razak di Putrajaya, 18 Disember 2012

Sejak zaman Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, isu kehadiran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) cuba diselesaikan, dipercepatkan, disalurkan mengikut agensi tertentu, dibataskan dan lain-lain mengikut keperluan semasa.

Pada 12 Jun 2008, terdapat 24,000 pendatang dari Acheh, Indonesia yang bekerja di Malaysia akibat tsunami 26 Disember 2004. Tan Sri Da`i Bachtiar selaku Duta Indonesia ke Malaysia tidak berupaya lagi merayu agar mereka diterima buat sementara dengan 'kad tsunami'. Kini, mereka lebih selamat dan menerima bantuan dari Jakarta setelah Acheh mendapat status autonomi. Konflik ketenteraan tidak berlaku di sana lagi. Pada 2005, terdapat 32,000 keturunan Acheh di Malaysia. Mereka dibenarkan tinggal bekerja selama 2 tahun sahaja dan tamat pada tahun 2007. Jumlah Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia ialah 1.2 juta dengan 50,000 dari Acheh.[1]

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Indonesia–Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malindokini.wordpress.com/2008/07/09/malays... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/12/ri-ready-... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/13/msian-emb... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/7/8/ri-kl-agre... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/8/25/indonesia...